Agro Tradzt meneruskan kempen penyertaan nelayan di Kuantan, Malaysia

Selepas kempen yang diadakan di Kuala Selangor, Malaysia baru baru ini, kempen yang serupa  telah di adakan di Kuantan Pahang, Malaysia , bertempat di Pusat Pemerosesan Ikan LKIM Kuantan pada 21 Mac 2022 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Sambutan yang baik juga di terima dengan penyertaan nelayan dan pengusaha perikanan dari kawasan sekitar Kuantan, Malaysia serta Rompin, Malaysia. Ianya juga di sertai oleh pengusaha bot yang besar dengan kepelbagaian  jenis ikan tangkapan.

Dengan penyertaan terbaru oleh para nelayan serta pengusaha perikanan dari Pahang ini,  sudah pasti ianya akan meningkatkan bilangan penjual di dalam Agro Tradzt.

Pihak Agro Tradzt akan mengumumkan dari masa kesemasa kempen yang sama pada masa akan datang..

Agro tradzt mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelanggan muslim.