Agro Tradzt telah berada di Kuala Selangor, Malaysia

Selepas Kempen yang diadakan di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Aceh, Sitiawan Perak, Malaysia dengan kolaborasi Jabatan Perikanan Negeri Perak, Malaysia pada 8hb Mac 2022 yang lalu, kempen serupa  telah di adakan di Kuala Selangor bertempat di Kompleks LKIM Kuala Selangor pada 10 Mac 2022 bermula pukul 9.30 pagi hingga 4.00 Petang. Program ini telah diatur oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor dengan Kolaborasi LKIM Negeri Selangor.

Sambutan menggalakkan  juga di terima dengan penyertaan nelayan dan pengusaha perikanan dari Kawasan sekitar Kuala Selangor, Malaysia.

Sasaran berikutnya Ago Tradzt  ialah aktiviti yang serupa akan di adakan di Kuantan Pahang, Malaysia, bertempat di Kompleks LKIM Kuantan dan dijadualkan pada 21 hb Mac 2022.

Adalah di harapkan dengan penyertaan terbaru oleh para nelayan serta pengusaha perikanan dari Kuala Selangor, Malaysia dan Kuantan, Malaysia nanti  akan menambah kepelbagaian hasil laut untuk pilihan pembeli di atas talian. 

Untuk pembeli  berskala kecil dan besar, kempen  bagi menggalakkan  penyertaan mereka  akan di lakukan oleh pasukan projek dari Agro Tradzt  bermula pada minggu ke 3 bulan Mac 2022.