Banyak penyertaan dari kalangan nelayan, petani dan penternak dengan program kempen terbaru nya berlangsung di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Aceh, Sitiawan Perak, Malaysia melalui kolaborasi dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak

Mac 8, 2022

Agro Tradzt adalah satu platform e Dagang dan merupakan rakan strategik kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Ianya mengsasarkan  lebih banyak penyertaan dari kalangan nelayan, petani dan penternak dengan program kempen terbaru nya  berlangsung di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Aceh, Sitiawan Perak, Malaysia melalui kolaborasi dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak. Yang telah berlangsung  pada 8hb Mac 2022 bermula  dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 Petang.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan  dengan penyertaan nelayan dan pengusaha perikanan dari kawasan Pantai Remis, Malaysia, Pangkor, Malaysia dan Hutan Melintang, Malaysia.

Aktiviti yang sama akan di adakan di Kuala Selangor pada 10 hb Mac 2022 dan penyertaan  seluruh nelayan kawasan berkenaan amat di alu alukan.

Adalah di harapkan dengan penyertaan terbaru oleh nelayan nelayan di sini akan menambah bilangan penyertaan sedia ada di dalam Platform  dan dapat merancakkan  lagi perniagaan di platform Agro Tradzt.

Untuk pembeli  berskala  kecil dan besar, kempen  bagi menggalakkan  penyertaan mereka  akan di lakukan oleh pasukan projek dari Agro Tradzt  bermula pada minggu ke 3 bulan Mac 2022.